Tugasan

TUGASAN 1


HURAIKAN MAKSUD SEJARAH MEDIA BARU DALAM KONTEKS PENGHASILAN KARYA SENI DIGITAL. PILIH 1 ATAU 2 MEDIUM BAGI MENYOKONG PENDAPAT ANDA. 


SEJARAH

S
ejarah merupakan sesuatu pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Sejarah dapat dibuktikan dengan fakta apabila berlaku sesuatu peristiwa. Pengkaji yang mengkaji sesuatu sejarah akan dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah. Sejarah ini amat penting bagi kehidupan kita supaya mengetahui sesuatu peristiwa itu berlaku, dan bagaimana sesuatu ianya bermula. Maka ianya amat penting untuk kita agar kita lebih memahami sesuatu peristiwa yang berlaku. Sejarah dalam seni pula boleh dilihat dari aspek permulaan komunikasi yang berlaku pada zaman dahulu. Sebagai contoh, masyarakat pada zaman batu berkomunikasi dan meninggalkan pesanan pada individu lain, mereka akan melukis atau melakar sesuatu di dinding gua. Pada masa itu, simbol mula diperkenalkan dan mula dihasilkan.





gambar yang terdapat pada dinding gua


Sejarah media
Manusia mula berkomunikasi antara satu sama lain telah wujud dari 200,000 tahun yang lampau. Simbol mula diwujudkan dari tahun 30,000 yang lalu dan mempunyai 7,000 simbol yang telah dituliskan. Kemunculan digital, komputer atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke – 20. Media yang telah dimanipulasikan, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak merupakan sesuatu yang dikenali sebagai media baru. Medium seperti televisyen, filem, majalah, atau buku bukanlah merupakan media baru.

Pada tahun 1960, hubungan diantara komputer dan seni radikal mula berkembang dengan pesat. Alan Kay dan pereka – pereka di Xerox PARC mula memberikan tumpuan kepada komputer peribadi untuk individu. Pada tahun 1980 – an, media bergantung kepada media cetak dan analog siaran model seperti orang – orang dari televisyen dan radio. Perubahan ini berubah cepat kepada media yang ditautkan pada penggunaan komputer digital seperti internet dan permainan komputer. 

MEDIUM YANG DIPILIH.
KOMPUTER.

Komputer amat penting dalam membantu pelajar mereka cipta sesuatu karya. Sebagai contoh pelajar multimedia, komputer amat penting untuk membuat animasi. Komputer riba merupakan gajet yang mudah untuk dibawa kemana – mana. Idea yang dilakar dengan menggunakan pensel atau pen akan diterjemahkan ke dalam komputer untuk disampaikan kepada orang ramai.

TUGASAN 2

HURAIKAN TENTANG PENGGUNAAN TEKNIK APPLE COMPUTER DALAM PENGHASILAN KARYA.


                                                
pengasas apple, Steve Jobs

                          





SUMBANGAN TEKNOLOGI KOMPUTER APPLE.

Komputer jenama ‘apple’ amat digemari masyarakat pada masa kini. Terdapat pelbagai kegunaan yang dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi komputer apple. Dalam dunia penghasilan karya seni, komputer apple banyak memberikan sumbangan untuk mereka cipta. Karya seni yang banyak menggunakan komputer adalah seperti animasi 3D, filem, video klip, seni digital, dan lukisan digital. Dalam bidang seni digital, Steve Jobs pada awalnya mengawal jajaran komputer Apple Macintoshnya. Kemudian inovasi GUI ( Graphic User Interface ) mula diwujudkan bagi sistem operasi komputer Mac. Setelah sistem ini mula diterima ramai, pereka operasi komputer jenama lain mula mengikuti mereka dalam dunia PC ( Personal Computer) dan kemudiannya mulalah dikenali sebagai System Operation Windows.

GUI ( Graphic User Interface ) Mac dan windows lain berbeza. Mac telah direka cipta sebagai fungsi utamanya untuik grafik. Komputer grafik yang direka oleh Steve Jobs telah membawa banyak perubahan besar dalam dunia seni digital. Macintosh telah memberi perspektif baru bahawa estetika seni dilakukan dengan indah dengan sentuhan teknik digital. Kedudukan komputer grafik mula diikuti oleh dunia PC yang didominasikan oleh dominator win Tel ( Windows-intel).

Masa kini, kita melihat di kaca televisyen seperti filem dan iklan berubah mengikut masa dan teknologi. Filem dan iklan menjadi semakin menarik dan canggih. Majalah – majalah dan media cetak pula banyak diolah dengan menggunakan teknik pengolahan  digital untuk menghasilkan digital grafik yang menarik. Pereka software komputer pada masa kini telah mereka software untuk menghasilkan muzik – muzik dengan cara baru. Production house banyak menggunakan komputer untuk menghasilkan animasi – animasi yang berbentuk 3D. Terdapat pelbagai software yang boleh digunakan untuk menghasilkan animasi 3D yang menarik. Antaranya ialah 3D Max, Autodesk Maya, Autocad, dan pelbagai lagi.



SUMBANGAN TEKNOLOGI  APPLE COMPUTER 

Komputer Macintosh

Pada  tahun 1984, komputer pertama Macintosh mula dilancarkan. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac, dan computer riba canggih MacBook.


iPod
Gajet ini mula diperkenalkan pada 2001, gajet ini direka untuk hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh, mudah dibawa kemana – mana, ringan, mudah untuk dikendalikannya.


iTunes Store

iTunes Store ini telah diperkenalkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem, dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.


IPhone

Apple telah memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. Gajet ini telah digabungkan dengan ciri-ciri yang ada pada iPod serta sambungan internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh. Gajet ini sangat diminati lapisan masyarakat terutamanya remaja.


App Store

 Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150 000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.


iPad

 Pada April 2010, Apple telah merevolusikan era computer peribadi menerusi computer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas – AFP.


TUGASAN 3

HURAIKAN TENTANG KESAN PENGGUNAAN MEDIA BARU DALAM PENGHASILAN KARYA DARI SEGI IDEA, REKAAN, TIRUAN, DAN HAKMILIK CIPTA.

 KESAN PENGGUNAAN MEDIA BARU DALAM PENGHASILAN KARYA DARI SEGI IDEA, REKAAN, TIRUAN, DAN HAKMILIK CIPTA.


IDEA

Idea merupakan daya kreatif untuk berfikir bagi mencari konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar. Bagi seorang pereka yang ingin menghasilkan karya seni, idea merupakan elemen penting untuk mereka sesuatu. idea boleh didapati dari majalah, buku, internet, dan pelbagai lagi. Kebiasaanya, pelajar akan mencari idea dalam internet. Internet merupakan sebuah media baru. Internet adalah jaringan komunikasi global yang terdiri dari jaringan - jaringan komputer yang terakses ke publik, dan ia akan berfungsi untuk menterjemahkan data dengan sistem protokol internet. Internet adalah tempat untuk mencari maklumat, maklumat yang diperolehi adalah cepat, mudah dan senang diperolehi. Internet yang terdapat dalam laman web adalah seperti informasi, ilmu pengetahuan, teknologi, hiburan, perniagaan, dan agama. Selain itu, terdapat juga gaya hidup, globalisasi dan pelbagai lagi. Idea yang dicari dalam internet akan diolah oleh pereka untuk mencari idea.



REKAAN


Rekaan merupakan hasil yang telah direka oleh pereka. Rekaan amat penting dalam sesebuah karya seni. Rekaan boleh dilakukan secara manual atau dengan menggunakan komputer. Pada masa dahulu, rekaan dilakukan secara manual. Kini, untuk sesuatu menghasilkan sesuatu karya, pereka boleh menggunakan komputer untuk menterjemahkan karyanya. Sebagai contoh, seorang pereka animasi akan menggunakan komputer untuk menghasilkan filem animasi 2D atau 3D. Software animasi 2D yang boleh digunakan adalah seperti Anime Pro, Adobe Flash, Toonboom dan pelbagai lagi. Manakala, animasi 3D pula boleh menggunakan software Autodesk Maya, 3D Max dan pelbagai lagi. Selain itu, dalam bidang fotografi juga turut menggunakan komputer untuk mengubah atau menambahbaikkan sesuatu karya. Antara software yang boleh digunakan ialah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan pelbagai lagi.

TIRUAN


Tiruan juga dikenali sebagai menciplak idea orang lain samaada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran pereka tersebut. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam tiruan idea. Antara kebaikannya ialah menambahbaikan hasil yang sedia ada, atau memperbaiki kelemahan yang terdapat pada rekaan. Keburukannya ialah pereka tidak dapat menghasilkan sesuatu yang baru. Andai terdapat individu yang tidak bertanggungjawab maka beliau boleh menyebarkannya kepada orang lain atau mengaku bahawa rekaan tersebut merupakan hasil karyanya. Melalui proses penghasilan karya seni yang berkualiti, peniruan merupakan kesan negatif kepadanya.

HAKMILIK CIPTA. 


Walaubagaimanapun, penghasilan karya dari segi tiruan pula mendatangkan kesan yang negatif dalam melalui proses penghasilan karya seni yang berkualiti. Rekaan - rekaan pengkarya yang dipaparkan di dalam salah satu medium baru iaitu internet dan disalahgunakan oleh sesetengah pengguna internet yang mengambil kesempatan atas rekaan tersebut dan menjadikannya rekaan itu sebagai hakcipta mereka. Oleh itu, setiap pengkarya haruslah mendaftarkan pattern rekaan untuk mengelakkan setiap rekaan ditiru oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Hakcipta pengkarya seni akan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 jika telah mendaftar pattern masing - masing.



TUGASAN 4


PILIH DUA MEDIUM DALAM TEKNOLOGI MEDIA BARU YANG PALING ANDA SUKA YANG PALING BERKESAN UNTUK MENYAMPAIKAN IDEA ATAU KARYA.

Terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan idea atau karya pada masa kini.Medium dalam teknologi media baru yang paling berkesan untuk menyampaikan idea dan karya ialah jaringan komputer yang dikenali sebagai internet. Ianya menyediakan perkhidmatan seperti Youtube, Facebok, Blogger dan pelbagai lagi perkhidmatan. Tambahan pula setiap idea atau karya boleh dimuatnaikkan dengan mudah. Golongan remaja yang paling banyak menggunakan internet untuk mencari idea, memuatnaikkan hasil karya yang dihasilkan.