Tipografi

ELEMEN TEKS DALAM REKABENTUK LAMAN WEB.

Perkataan dan simbol adalah elemen yang paling asas dalam sistem komunikasi manusia. Ianya adalah untuk membolehkan sesuatu maklumat dan informasi yang ingin  disampaikan dan disebarkan kepada kumpulan sasaran  dengan mudah, pantas, dan berkesan. Dalam era komunikasi masa kini, penggunaan serta fungsi teks semakin diperluaskan lagi. Selain itu, ianya mampu membantu proses komunikasi secara digital. Gabungan penggunaan teks dengan media – media yang lain menambahkan lagi keberkesanan proses komunikasi masa kini.

KONSEP ASAS TEKS DAN TIPOGRAFI

Tipografi (typography) merujuk kepada proses menyalurkan maklumat menerusi penggunaan muka taip (typeface) dan juga font. Tipografi juga boleh dikatakan sebagai ilmu atau bidang yang membincangkan teori dan juga amalan penggunaan serta reka bentuk perkataan dan juga muka taip. Penggunaan teks akan menjadi lebih berkesan dan berkualiti sekiranya prinsip – prinsip tipografi yang bersesuaian diambil kira. Tipografi yang baik adalah merancang penggunaan teks bagi persembahan secara elektronik atau digital. Tipografi haruslah dirancang agar teks yang disediakan mudah dibaca serta menarik untuk dipandang. Oleh yang demikian, pelbagai prinsip, pendekatan, kesan khas, penggunaan warna yang bersesuaian boleh digunakan bagi memastikan teks yang digunakan dapat menyampaikan mesej dan juga dapat diterima oleh pengguna.

MUKA TAIP DAN FONT .

Pada peringkat awal penggunaan teks dalam bidang percetakan, font yang disediakan menerusi penggunaan set aksara di dalam bekas besi yang kemudiannya dicetak pada filem sebelum dipindahkan ke media sebaran yang dikehendaki. Setiap saiz dan stail teks yang ingin digunakan memerlukan bekas besi yang tersendiri. Kini, melalui perkembangan teknologi, pemilihan ciri – ciri font dari aspek saiz, stail dan sebagainya menjadi jauh lebih mudah dan pantas. Setiap muka taip mempunyai bentuk paparan yang berbeza dan menjadikan setiap satunya unik. Muka taip biasanya dikenali berdasarkan nama – nama khas yang diberikan kepadanya. Contohnya Times New Roman, Arial, Courier dan Tahoma misalnya merupakan contoh – contoh muka taip yang sedia ada di kebanyakkan sistem komputer.



Arial Black                                                Baskerville Old Face
Arial Narrow                                                                  Times New Roman
Berlin Sans FB Demi                                                Tahoma
Bookman Old Style                                    Verdana
Calisto MT                                                                Calligraphy
Curlz MT                                                       Lucida Calligraphy

 






KATEGORI –KATEGORI MUKA TAIP

Terdapat empat kategori utama iaitu :-

(a)   Serif
Serif merujuk kepada garisan lengkungan atau ekor yang terdapat pada penghujung sesuatu aksara. Oleh yang demikian muka taip jenis serif merujuk kepada muka taip yang melengkung atau ekor di bahagian hujungnya. Lengkungan atau ekor dikatakan dapat membantu dalam menyediakan keselesaan dalam proses pembacaan khususnya teks dalam bentuk bercetak. Times New Roman, New Century, SchoolBook dan Garamond merupakan contoh rupa taip jenis serif.

(b)   Sans serif

Sans bermaksud “tanpa” dalam bahasa Perancis. Maka, sans serif merujuk kepada muka taip yang tidak mempunyai lengkungan atau ekor di hujungnya. Contoh rupa taip jenis sans serif ialah Arial, Futura, Helvitica, Agenda, AG Schoolbook dan Optima.

(c)    Dekoratif

Dekoratif ialah muka taip yang mempunyai unsur – unsur sastera lama dan agak berbunga – bunga seperti zaman silam. Ianya merupakan kategori yang agak popular kerana banyak dikeluarkan oleh syarikat atau individu yang terlibat dalam menghasilkan muka taip. Muka taip ini tidak sesuai digunakan sebagai muka taip utama dalam proses penyaluran maklumat kerana agak sukar untuk dibaca. Oleh sebab itu, muka taip ini hanya sering digunakan sebagai teks tajuk atau dalam keadaan – keadaan tertentu sahaja. Black Chancery, Black Knight dan Engraves merupakan contoh muka taip jenis dekoratif.

(d)   Script

Script merujuk kepada muka taip yang cuba mengambil ciri – ciri utama yang terdapat pada tulisan tangan utama yang biasa. Hal ini menyebabkan ia sering digunakan dalam aktiviti – aktiviti tidak formal atau pun bagi tujuan – tujuan tertentu seperti mewakili tanda tangan, kepala surat dan sebagainya. Brush Script, Bellevue, Shelley, Reporter, dan Kuenstler merupakan contoh bagi muka taip jenis script.

SAIZ DAN UKURAN TEKS  .

Pemilihan saiz teks merupakan sesuatu yang agak subjektif kerana dalam banyak keadaan muka taip yang berlainan akan dipaparkan dalam saiz yang agak berbeza walaupun menggunakan ukuran yang sama. Sebagai contoh teks yang menggunakan muka taip Times New Roman dengan saiz 14 tidak sama ukurannya dengan teks yang menggunakan muka taip Verdana yang menggunakan saiz yang serupa. Berikut merupakan contoh dua jenis muka taip yang menggunakan saiz yang sama iaitu 20 poin tetapi diperlihatkan ukuran yang berbeza.


20 POINT TIMES NEW ROMAN
20 POIN VERDANA



Teks boleh diukur saiznya dalam pelbagai cara dan yang utama ialah dengan mengukur jarak di antara bahagian paling bawah sesuatu huruf descender (seperti huruf f, h dan k). saiz sesuatu teks biasanya diukur dalam bentuk poin. Satu poin bersamaan dengan 0.0138 inci atau 1/72 inci. Dalam erti kata lain, terdapat 72 poin dalam satu inci. Bagi pengguna peringkat kanak – kanak dan juga warga tua, pemilihan saiz teks yang lebih besar mungkin diperlukan. Pemilihan saiz teks juga berkait rapat dengan pelbagai faktor seperti jenis aplikasi :-
  • Media sebaran
  • Bentuk persembahan
  • Kumpulan sasaran yang akan menggunakan aplikasi atau projek grafik tersebut.